Assalamualaikum Semua Dan Hai

Harinie Abang nak cerita sikit apa kelebihan Flyers nie dalam memasarkan produk korang PENTING KEW TAK PENTING?

Bagi Abanglah kan flyers benda paling senang mudah dan senang

  1. Senang nak dapat
  2. Kos dia murah
  3. Memasarkan Dekat Target Customer Anda

Senang nak dapat bermaksud flyers nie semua kedai printing ada buat flyers murah tak murah jew. Tapi sekarang kan mudah semuanya hanya di hujung jari tidak perlu datang kedai pon. Order senang murah pon murah. Nak atau tak sahaja sekarang nie.

Kos dia murah, yes sanagat murah. Bayangkanlah anda baru memulakan perniagaan dan budget anda tak berapa keras untuk memasarkan produk anda di Surat Khabar ataupun Ruangan Iklan di Televisyen. Anda cuma menggunakan flyers untuk mendapatkan customer anda, Contoh anda jual karipap jumbo anda mahu meninggkat penjualan anda , anda hanya perlu menggunakan sedikit usaha hanya pergi rumah ke rumah dan meletakkan flyers sahaja dan tips lagi untuk mengelakkan flyers anda di buang begitu sahaja, anda cuma meletakkan kupon diskaun di flyers anda semasa pembelian dapat diskaun. Perghh orang simpan, makan dapat diskaun siapa tak nak kan.

Memasarkan dekat target customer, edar by hand, Bila anda berada di pasaraya, anda pasti dapat flyers yang sesetengah peniaga edar sendiri guna tangan mereka. Bila mereka sendiri yang edar flyers tu, memang dah confirm la pelanggan sasaran akan dapat, betul ke tidak betul? Cuma, anda tak pasti samada mereka akan baca atau tak, tu je. Nak suruh mereka baca senang ke, anda kena perhati cara mereka jalan.Kalau mereka jalan lemah lembut, macam duk bersiar-siar tu, bagi je pada mereka sebab mereka ada banyak masa. Jadi, ada chance mereka akan baca. Tapi, kalau anda bagi pada orang yang jalan laju je, peratusan mereka nak baca tu susah la. Sebab, time tu mereka nak cepat.