Assalamualaikum guys harinie, Murah Print nak share sikit tentang Jack Ma(Alibaba). Agak-agaklah kana pa yer rahsia Jack Ma(Alibaba) daripada guru bahasa inggeris menjadi seorang usahawan yang berjaya dan membuka perluang perkerjaan yang banyak di China. Orait let’s start.

Dalam ucapannya di Universiti Stanford, Jack Ma berkata, “Tidak seorang pun yang percaya saya akan mampu melakukan sesuatu yang bermakna di masa depan. Saya tidak pernah terfikir untuk memiliki masa depan seperti hari ini.” Pengalaman dalam kegagalan bukan sekadar menjadi pembakar semangat juangnya, malah ia membuatkannya setia pada visi untuk mencipta tempat di mana para rakan sekerja dan para kakitangannya dapat merasakan bahawa diri mereka adalah sebahagian penting dalam kewujudan Alibaba. Kesetiaan dan pembangunan semangat berpasukan yang erat menjadi falsafah utama perniagaannya. Menurut Joe Tsai, Wakil Pemimpin Alibaba, Jack Ma adalah seorang yang terbuka dan bergaul, serta tahu bagaimana untuk berkongsi.

Ma sering menyemai semangat untuk menang di kalangan para kakitangan, nilai-nilai perniagan yang baik, dan keyakinan bahawa mereka mampu melakukan dan mencapai apa sahaja jika bersatu padu. “Kami akan melakukannya kerana kami masih muda dan kami tidak pernah menyerah kalah, ” katanya. Itu merupakan kata-kata yang digunakan oleh Jack Ma pada awal penubuhan Alibaba untuk dijadikan inspirasi dan menaikan semangat pasukannya. Apabila telah berjaya pada tahun-tahun berikutnya, Ma menambah, “Kami tetap percaya bahawa di masa hadapan orang-orang biasa dapat melakukan perkara-perkara yang luar biasa.”

Elemen yang benar-benar unik dalam budaya perusahaan Alibaba dipengaruhi oleh mitos dan novel-novel legenda seni mempertahankan diri Cina yang menjadi realiti kehidupan harian para kakitangannya. Jack Ma minat dengan pahlawan-pahlawan kungfu sejak remaja lagi dan ini mempengaruhi strategi perniagaannya. Dia menyalurkan kebaikan dan kekuatan legenda-legenda itu ke dalam dirinya dan para kakitangannya. Para kakitangannya turut diberi nama watak novel-novel kungfu. Ini bukan sekadar budaya yang menyeronokkan di Alibaba, malah ia juga satu cara untuk mewujudkan hierarki yang rata. Mereka yang berada di teraju perusahaan dipanggil dengan nama gelaran tersendiri. Jack Ma digelar sebagai Feng Qingyang yang merupakan pemain pedang lagenda yang pendiam, tak terduga dan agresif..

WhatsApp KLIK sini untuk Whatsapp kami! Atau manual Whatsapp kami di 011-56436330