Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua Harap Sihat Belaka…

Harinie Abang nak share sikit pasal laman web, PENTING SANGAT KE LAMAN NIE KEPADA PERNIAGAAN TUAN/PUAN ??? (Tak Marah Tau Gurau Jew. Hehe) . Oleh itu, dengan nafas yang saya pinjam daripada ilahi ini saya akan kongsikan sedikit ilmu kelebihan laman web kepada perniagaan anda.. 

1.Akses Kepada Pelanggan

Dengan adanya internet nie tuan-tuan dan puan-puan, Pelanggan atau orang yang mahu melawat ke laman web tuan/puan tidak ada batasan. Contoh, dia tiada masa untuk pergi ke kedai tuan/puan ataupun busy dengan kerjaya, so nak contact tuan/puan pon susah, jadi dengan adanya laman web tuan/puan dia akan ada masa untuk melawat laman web tuan/puan dan akan menjadi prospect yang terbaik untuk menjadi pelanggan tuan dan puan.

Akses Kepada Maklumat

Jika tuan/ puan mempunyai laman web sendiri untuk perniagaan tuan/puan, maklumat daripada laman web tuan/puan akan memberitahu berapa banyak orang yang melawat ke laman web tuan/puan. Selain itu, tuan/puan boleh melihat tahap views daripada orang luar dan menilai dari masa ke semasa. Jadi dengan itu, Kita dapat “ Set Up Goal” berapa banyak kita mahu sasarkan sama ada penjualan ataupun tontonan view pada masa akan datang di laman web tuan/puan

Kemudahan Pelanggan

Dengan memiliki laman web sendiri akan membuatkan pelanggan tuan/puan mudah mencari tuan/puan. Dengan kemudahan inilah membuatkan pelanggan tuan/puan tidak perlu melawat tuan/puan di premis perniagaan fizikal tuan/puan, hanya perlu lawati laman web tuan/puan untuk menempah mahupun melakukan pembelian. Kerana pada era kini, kebanyakan pelanggan membeli secara online dan menggunakan transaksi online dalam urusan pembelian, kerana sekarang pelanggan lebih gemar membelek telefon pintar di rumah daripada memerlukan kerahan fizikal untuk pergi ke kedai.

Meningkatkan Pelanggan

Dengan adanya laman web sendiri tuan/puan dapat menggadakan pelanggan tuan/puan. Kerana jika tuan/puan popular di kawasan tuan/puan, target customer tuan/puan hanya di kawasan tuan/puan. Bagaimana pula kalau adanya laman web?Perniagaan tuan/puan dapat dipertingkatkan lagi luar target customer tuan/puan malahan pula perniagaan tuan/puan  dapat dilawati oleh masyarakat di peringkat global.

 

WhatsApp KLIK sini untuk Whatsapp kami! Atau manual Whatsapp kami di 011-56436330