Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Semua…..
Harinie nak share sikit tentang tips menjadi seorang usahawan. Ini semua atas pandangan saya yang saya amati daripada tokoh-tokoh usahawan di Malaysia.
So First sifat yang perlu kita ada, ialah Sifat Ingin Tahu. Dalam menceburi bidang usahawan kita perlu ada sifat ini, kerana ia akan membantu anda langkah demi langkah yang anda perlu ambil tahu. Bahasa mudah, Lepas anda ambil langkah ini langkah apa yang anda perlu ambil, untuk melompat ke aras yang lain. Kalau ini tiada anda hanya terperap di aras yang sama dan mungkin akan ketinggalan.
Kedua, Minat Yang Mendalam. dalam apa pun perkerjaan kita perlu minat yang mendalam untuk berjaya. Dalam usahawan, minat yang mendalam mendorong anda untuk mengetahui lebih tentang apa yang anda lakukan dan mendorong anda untuk memperbesarkan perniagaan anda. Bahasa mudah, anda anak tempatan yang mempunyai produk dalam penjualan keropok lekor, anda mengambil inisiatif berkerjasama dengan pihak NGO ataupun Kerajaan dan mengasah skill anda untuk menjual produk anda ke peringkat antarabangsa.
Ketiga, Tidak malu bertanya, dalam perniagaan semuanya ibarat pembelanjaran kerana dengan pertanyaan anda mendapat jawapan dan dengan pertanyaan anda dapat menyelesaikan masalah. Bak Kata pepatah ” Malu Bertanya Sesat “. Buatlah yang terbaik untuk perniagaan anda okay. Rajin-rajin bertanya baru kita boleh berjaya di dunia dan di akhirat.
Akhir sekali, Berpegang kepada agama dan berbakti kepada ibu bapa. ini adalah sangat penting. Kerana dengan agama anda akan tidak kenal akan berputus asa dan Ibu bapa anda pula merupakan jambatan anda untuk berjaya kerana dengan doa mereka membantu anda untuk berjaya. Ianya tak bernilai, jika anda berusaha tetapi keberkatan tiada.
Recent Comments